Sebelum saya jawab beberapa persoalan dalam notes petang tadi (sebelum makan nasik) mari kita bincangkan tentang,....
Reusable Level,....
Quote notes sebelum ini,.. "level lowlow jadi benteng terakhir (Kangaroo 7812 & Kiwi /6283) masih bertahan banyak jam dah nih,...."........
Sengaja saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa signal/level semata-mata ingin menunjukkan contoh apa yang dimaksudkan dengan reusable level dan alhamdulillah berlaku malam ini. Perkataan "banyak jam" menunjukkan rega cuba menembusi sesuatu level yang kuat & mengambil masa. Sekiranya ia tembus, dan dalam kebanyakan kes apabila rega test semula level tersebut maka boleh dikatakan kita boleh pejam mata untuk tepuk atau cebuk dengan 1 atau 2 target level,...
Hal ini berlaku malam ini bilamana Kiwi mengetest semula level lowlow semalam (6283) dari bawah dan kita terus tepuk untuk menabung sedikit popit,... dan setakat ini terbenam lebih kurang 36 cm dah...!!!!!!
Jadi, terbalas sudah dendam loss 17 cm sebelum ini dengan mengambil untung dua kali ganda jumlah loss pada level yang sama !!!
Tokey,... hang paham dak ??
=====================================================
Okey,... menjawab beberapa persoalan petang tadi,....
1. Kenapa tak de signal baru ?
Jawapan :
- Sebahagian sudah terjawab seperti penjelasan reusable level di atas,..
- Analisa saya masih mendapati bahawa level-level yang dinyatakan sebelum ini masih valid samada untuk membuat entry baru atau "balas dendam" !!
2. Apsal kangaroo ngan kiwi jer ?
Jawapan :
- Sebenarnya saya menganalisa semua jenis pasangan,..major, minor atau silang. Sangat perlu bagi tujuan mengkolerat.
- Dalam 1 dua minggu ini, saya mendapati dua pasangan ini paling memenuhi prasyarat meniaga saya dan paling mudah untuk menunjukkan contoh bagi tujuan pembelajaran/pemahaman tuan/puan.
- InsyaAllah pada lain masa, saya akan keluarkan signal untuk pasangan lain, setakat ini saya guna untuk meniaga sendiri sahaja !!!!!!
3. Kenapa tak alert kami ??,... semalam dah loss 17 cm dah,...
Jawapan :
- Sebahagian telah dijawab di atas,...reusable level,..balas dendam dan level masih valid.
- Apapaun balik kepada disclaimer : Ia sebagai garis panduan, keputusan terletak di tangan tuan/puan.
- Walaubagaimanapun saya telah berkali-kali menegaskan bahawa dalam perniagaan mana ada 100% untung tetapi kita boleh mengawal rugi ,... umpamanya fix loss 17 cm, dua kali hi-lo dan sebagainya,...
4. Kenapa tak kuar signal "hayun" je, kan senang ???
Jawapan :
- Semua peniaga mempunyai strategi meniaga masing-masing dan saya memilih untuk menggunakan strategi yang menjadi amalan saya sekarang ini. Tidak nafikan bahawa sistem/strategi ini pun ada kelemahannya.
- Saya juga berkali-kali mengeluarkan kenyataan yang berbunyi "tatkala orang lain berbangga dapat XX cm keuntungan pada satu hala,... maka kita ambil kesempatan berganda-ganda lebih daripada mereka walaupun pada laluan yang sama.... ".
- Sistem "hayun" kalau diadaptasikan ke dalam sistem saya,... maka saya perlu menetapkan LOSS (wajib letak !!!!!!) yang lebih besar bergantung kepada bingkai masa analisa saya,...
5. Ishk,...!!! Betul-betul mana dia nak pegi nih,... ???
Jawapan :
- Tuhan sahaja yang tahu
- Tetapi semua modified level yang saya beri bukanlah sewenang-wenangnya. Ia melibatkan ilmu dan insyaAllah akan memberi sedikit kesan pergerakan rega yang boleh kita ambil kesempatan.
Sekian untuk malam ini, semoga catatan dapat memberi sedikit lagi gambaran/peljaran untuk tuan-tuan/puan-puan semua.
Wassalam
No comments:
Post a Comment